Kelas Ict (Powerpoint Art) & Advokasi Kdb (Tema Terima Kasih Cikgu)
7 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Mei 2017(Sabtu), Kelas ICT (Powerpoint) dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) telah dilaksanakan dengan tema Terima Kasih Cikgu. Pada kesempatan kelas kali ini, aktiviti yang dijalankan adalah pengajaran mengenai teknik membuat poster ringkas dengan menggunakan Powerpoint aplikasi.
Tugasan diberi kepada pelajar untuk membuat poster mengikut kreativiti dan idea masing-masing dalam mengaplikasi tool yang terdapat dalam aplikasi Powerpoint dan juga kemahiran menggunakan aplikasi google dalam mencari imej-imej yang berkaitan untuk tujuan penghasilan poster.
Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari. Seperti biasa, sesi penerangan Klik Dengan Bijak dilaksanakan terlebih dahulu bagi memberi kesedaran penggunaan kelengkapan ICT dengan secara berhemah dan bijak dalam masa 40 minit dan aktiviti diteruskan dengan aktiviti pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: